Thursday, August 6, 2015
Nilai Ringgit Cecah RM3.91 Berbanding Matawang Dolar Hari Ini
Berdasarkan nilai tukaran matawang semasa nampaknya nilai matawang ringgit hari ini telah jatuh jatuh melebihi paras sokongan 3.90 berbanding satu dolar Amerika dan dalam masa yang sama pasaran ekuiti turut merosot dengan FBM KLCI jatuh melebihi 30 mata.
Sehingga jam 5 petang tadi nilai ringgit telah merosok jatuh kepada 3.9125 kepada dolar Amerika di mana ia merupakan kadar ringgit paling lemah sejak 2 September 1998, sehari sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menambat matawang negara pada 3.80.
Memetik laporan Malaysia Gazette, tambatan kemudiannya dihapuskan pada 2005 dan ringgit kemudiannya didagangkan bebas tetapi terurus sejak itu. Indeks komposit jatuh 3.92 mata atau 1.79 peratus kepada 1,694.64 dengan 1.65 bilion saham bernilai RM2.02 bilion bertukar tangan. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 686 berbanding 187 manakala 282 kaunter didagangkan tidak berubah.
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia khususnya dolar Amerika Syarikat (AS) tidak akan mencecah RM4 sehingga akhir tahun ini apabila Rizab Persekutuan AS mengumumkan kenaikan kadar faedah.
Ia disuarakan oleh Ketua Penyelidikan RAM Research Services Bhd., Kristina Fong di mana katanya Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah yang dijangka dibuat pada tahun ini juga, secara langsung akan menghilangkan tekanan dan ketidakpastian ke atas ringgit.
Selain itu ketika ini nilai ringgit banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran di AS, selain faktor global lain.
“Saya menjangka ringgit akan berlegar sekitar RM3.9 berbanding dolar sehingga hujung tahun ini, dan tidak mungkin mencecah paras RM4. Malah, saya turut menjangkakan ringgit tidak akan mencecah paras tersebut pada 2016.”
“Kami percaya tambatan ringgit bukannya sebahagian daripada rancangan kerana pasaran Malaysia adalah lebih terbuka ketika ini. Kali terakhir Malaysia melaksanakan tambatan ringgit iaitu pada 1998, kita berada pada situasi yang berbeza.
“Pada masa kini, kita mempunyai lebih banyak pelaburan dan penglibatan asing, jadi saya berpendapat ia tidak berada dalam pelan kewangan negara ketika ini,” ujarnya.
Sumber - siakapkeli.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment