Sejak kebelakangan ini nama Abdul Rani Kulup Abdullah juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) sering menjadi bualan di laman media sosial.
Terkenal dengan tagline #Dongibab dan #Kipidap yang sering digunakan oleh Rani Kulup, program permainan secara improvisasi iaitu Super Spontan All Stars telah mengambil peluang menggunakan populariti tagline Rani Kulup untuk digunakan sebagai nama kumpulan iaitu #KungfuKipidap dan #SilatDongibab.
Menurut Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro,
Encik Bob Azrai, penggunaan tagline tersebut bersesuaian dengan tema ‘Street
Fighter’ yang diketengahkan untuk tahun ini.
“Nama #KungfuKipidap dan #SilatDongibab bersesuaian
dengan tema kami pada tahun ini iaitu ‘Street Fighter’. Jadi kami ambil
keputusan untuk guna tagline Abdul Rani Kulup Abdullah yang sedang
popular dan sering digunakan dalam media sosial.
“Beliau bakal menjadi tetamu khas di malam pembukaan
dan minggu-minggu tertentu dalam Super Spontan All Stars,” kata Bob Azrai
ditemui sewaktu pelancaran program Super Spontan All Stars di Talent Lounge,
Damansara Perdana.
Dalam pada itu, Bob Azrai turut menjelaskan mengapa
dua ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep dan Shuib tidak dapat menyertai edisi
Super Spontan All Stars atas sebab-sebab tertentu.
“Sedia maklum dua ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep dan
Shuib tidak tersenarai untuk edisi kali ini kerana jadual kerja mereka yang
padat. Tetapi Super Spontan masih menampilkan pemenang edisi pertama dan ketiga
iaitu Zizan Razak dan Johan sebagai ketua kumpulan #KungfuKipidap dan
#SilatDongibab,” jelas Bob Azrai lagi.
Sementara itu kejutan turut berlaku dalam program
Super Spontan All Stars apabila pengacara terkenal Dato’ AC Mizal turut
diumumkan sebagai hos menggantikan Hanif Dan Ray Era yang telah dinaikkan
pangkat sebagai pengulas yang dikendalikan oleh Afdlin Shauki dan Amir
Raja Lawak kekal sebagai pengulas iringan.
Super Spontan All Stars menampilkan barisan pelawak
dan pelakon terkenal tanah air seperti Johan, Zizan RAzak, Pak Yus, Tauke,
Rahim R2, Shahrol SHiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Uqasha Senrose,
Jihan Muse, Yasmin Hani dan Nana Mahazan.
Manakala Raza Zainal dan Rashid Salleh dikekalkan
sebagai pengurus kumpulan.
Juara Super Spontan All Stars bakal membawa pulang
wang tunai RM150,000 sementara nai juara dan pemenang tempat ketiga
masing-masing akan memenangi RM75,000 dan RM50,000. Tempat keempat, kelima dan
keenam akan membawa pulang RM20,000, RM10,000 dan RM5,000.
Persembahan mingguan akan diadili berdasarkan format
permarkahan yang ditentukan sepenuhnya melalui undian SMS daripada penonton dan
menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my
Talian untuk menghantarkan undian akan mula dibuka
pada 28 Ogos 2015.
Jangan lupa untuk menyaksikan Super Spontan All Stars
pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bermula 28 Ogos 2015 secara eksklusif di
Astro Warna (132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD
(134).
Sumber - astrogempak
No comments:
Post a Comment