Friday, August 28, 2015
Sultan Johor Bagi Amaran Keras Kepada Nazri Aziz
Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik dari Umno iaitu Datuk Seri Nazri Aziz dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat.
Beliau memberikan amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk “membelasah” Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.
Selain itu beliau “menasihatkan” ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.
“Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak “whack” anakanda saya (TMJ).
“Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” tegasnya.
Sebelum ini Nazri telah menegur tingakan TMJ iaitu selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.
Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor. - Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment