MELAMPAU dan biadap! Seorang wanita yang dipercayai merupakan pengasuh di sebuah taska menerima kutukan dan kritikan ramai selepas tergamak memanggil anak asuhannya sebagai anak monyet sambil memburuk-burukkan ibu kanak-kanak malang itu di laman Facebook.
Tidak pasti atas sebab dan alasan apa, status yang dimuat naik pengasuh yang menggunakan nama akaun Facebook Liluu itu jelas memperlihatkan rasa benci dan dendam kesumat yang agak nyata terhadap anak kecil itu termasuk ibunya.
“Anak monyet tak reti duduk diam. Mak kau acah bagus. Suruh pantau anak yang macam monyet ni, pergi taska sudahla tak mandi. Lepastu minum nak bersuap. Seluar pun ikat dengan getah. Babi tak mampu ke mak kau? eh sial laa….,” tulis Liluu.
Kenyataan sarkastik pengasuh itu sekali gus mengejutkan pelayar media sosial yang membacanya.
Apatah lagi, wanita ini sangat lancang berkata-kata hingga sanggup mencarut dengan melabelkan ibu kanak-kanak berkenaan sebagai ‘babi’.
Rata-rata netizen menyifatkan pengasuh berkenaan tidak ikhlas dalam menjaga kanak-kanak dan hanya mementingkan wang ringgit semata-mata.
Tidak kurang juga ada ibu bapa yang mempunyai anak kecil menzahirkan rasa bimbang dan takut melihat kes seumpama ini berlaku.
Melihat kebiadapan pengasuh seperti ini, tidak dapat dinafikan segala macam perkara boleh berlaku.
Senang kata, kanak-kanak ini tidak berdosa ini mudah terdedah dengan risiko penderaan dan berada dalam keadaan bahaya.
Sama benar atau tidak dia menjadi mangsa, adalah harus untuk pihak berkuasa masuk campur segera dan cuba mengesan di mana kanak-kanak itu berada.
Jangan nanti sudah terantuk, baru tengadah.
Tak pasal-pasal, anak kecil yang masih lagi tidak memahami apa-apa ini menanggung penderitaan dan kesakitan.
Bagaimanapun, ibu bapa di luar sana usah la gusar kerana tidak semua pengasuh mempunyai perangai ‘gila’ sebegini. Namun, kita juga haruslah sentiasa berwaspada agar kejadian yang sama tidak menimpa pada batang hidung sendiri. – Sumber
No comments:
Post a Comment