Aktres Rani Mukerji dikhabarkan
menjauhkan diri daripada pihak media selepas timbulnya spekulasi yang kononnya
dia kini disahkan hamil.
Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, sumber terdekat
aktres kelahiran Mumbai itu menjelaskan dia kini berada di Hotel Four Seasons
London untuk menjalani rawatan ‘Prenatal’.
Prenatal merupakan rawatan khas buat wanita mengandung di
peringkat awal.
“Rani kini semakin berseri selepas disahkan mengandung.
Dia kelihatan semakin cantik. Khabarnya Rani dan suami berada di London untuk
menjalani rawatan Prenatal,” ujar sumber terdekat Rani Mukerji.
Sebelumnya ini ada desas-desus mengatakan Rani Mukerji sarat
mengandung selepas tersebar foto perutnya yang kian membesar dan sedikit
berisi. Namun Rani menyangkal dakwaan tersebut dan mengaku tidak
tergesa-gesa untuk menimang cahaya mata.
Rani Mukerji mendirikan rumah tangga
dengan Aditya Chopra pada 21 April 2014. Mereka menjalankan istiadat
perkahwinan Benggali yang diadakan di Italia dan hanya dihadiri keluarga dekat.
No comments:
Post a Comment