Thursday, August 6, 2015
Berakhirlah Perjuangan Majalah UJANG Dan APO? Tiada Lagi Di Pasaran
Mulai hariini, 6 Ogos 2015, MOY Publication yang mengeluarkan majalah Ujang Dan APO?dikaitkan telah menutup operasinya serta merta.
Maka dengan berita ini dukacitanya dikatakan tiada lagi pengeluaran majalah Ujang Dan APO? yang mempuanyai peminatnya tersendiri itu di pasaran.
Berita ini disahkan sendiri oleh kartunis-kartunis majalah berkenaan di laman Facebook milik mereka dan SK tidak dapat pastikan apa sebenarnya masalah yang membelenggu syarikat MOY Publication berkenaan.
Maka berakhirlah perjalanan sebuah majalah yang dahulunya menjadi sebutan ramai dan siapa yang tidak kenal dengan "Lawak Antara Bangsa", "Blues Untuk Aku", "Budak hostel", Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan pelbagai lagi.
Kartunis Ubi, yang merupakan kartunis terkenal Majalah Ujang meluahkan perasaannya di laman Facebook di mana MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam.
"Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu."
"Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik," katanya.
Majalah ini telah memulakan opersinya pada tahun 1993 di mana pelukis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang telah menerbitkan majalah ini sendiri di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur.
Majalah ini pada awal penerbitannya kelihatan sebagai sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.
Melalui penghasilan majalan ini, beberapa kartunis telah berjaya mencipta nama bersama Ujang seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu.
Namun Majalah ini telah diambil alih oleh Mohd Osman Yusof (MOY) mendaftarkan nama UJANG sebagai hak miliknya, sekaligus hal ini menghalang kartunis UJANG daripada terus menggunakan nama tersebut.
Kini majalah UJANG diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum.
Sumber - siakapkeli.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment