Wednesday, August 26, 2015
Zain Saidin Bawa Diri Ke Kampung Terpencil
Pelakon dan suami kepada aktres Rozita Che Wan, Zain Saidin kini dikatakan tidak mahu menetap lagi di bandar dan mahu membawa diri ke sebuah kampung terpencil yang diberi nama Kampung Dalam Ayer.
Biarpun Zain berhadapan dengan beberapa cabaran ketika memulakan kehidupan di sana seperti kekurangan kemudahan asas dan ancaman haiwan yang berbisa, Zain berupaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
Begitulah antara beberapa adegan yang telah dilakonkan oleh Zain sebagai Mr Henry Middleton dalam telefilem terbaru siri Oh My Eglish yang berjudul ‘Oh My English: Oh My Goat – Come Baaack!!’. Telefilem arahan pengarah Shamyl Othman dan Umi Omar ini merupakan merupakan telefilem keempat siri Oh My English! selepas Oh My Ganu!, Oh My English – Hello America dan Oh My English: Villa Isabellaaa.
Mengisahkan mengenai pengembaraan Mr Henry Middleton yang menawarkan diri untuk mengajar di sebuah kampung terpencil di Malaysia bernama Kampung Dalam Ayer dan meninggalkan SMK Ayer Dalam, telefilem ‘Oh My English: Oh My Goat – Come Baaack!!’ menyaksikan beliau bertemu dengan ‘teman’ baru yang cukup istimewa iaitu seekor kambing yang sudah lama menjadi penghuni tetap Kampung Dalam Ayer.
“Dalam ‘Oh My English: Oh My Goat – Come Baaack!!’, kami meletakkan karakter-karakter kegemaran kita daripada SMK Ayer Dalam ke dalam persekitaran yang baru yang cukup asing dalam usaha membuktikan kepada mereka di luar sana tanpa mengira latar belakang dan tempat, pendidikan dan penguasaan Bahasa Ingggeris itu amat penting dalam kehidupan seharian,” kata Vickie Lai selaku Ketua Bahagian Pendidikan Astro. - Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment