Baru baru ini, Lembaga Penapisan Filem (LPF) keluarkan kenyataan mengenai babak-babak atau aksi yang keterlaluan seperti berpegangan tangan atau apa sahaja yang bersifat erotik tidak boleh lagi dipertontonkan pada masyarakat.
Sehubungan itu, ramai di kalangan peminat yang menyokong akan tindakan yang dilakukan oleh LPF, malah ada juga yang menentang.
Bagi pelakon yang makin meningkat naik, Izara Aishah mempunyai pendapatnya yang tersendiri mengenai isu ini apabila dia yang sebelum ini sememangnya meletakkan syarat untuk tidak terlampau terdedah apabila beraksi di layar perak.
“Tengok macam mana keadaan itu logik ataupun tidak kalau nak bersentuhan itu, contohnya kalau babak mak dengan anak untuk meminta maaf seharusnya berpegangan tangan rasanya tak logik kalau tak berbuat seperti itu. Tak sedap untuk orang pandang atau tengok”
“Untuk Izara pula kalau adegan bersuami dalam sesebuah cerita lagi suka kalau kata adegan itu tidak perlu untuk bersentuhan atau tak payah pegang lelaki. Izara selesa kalau tak pegang semua itu, tapi tengoklah keadaan jalan cerita tetapi tetap ada batasannya,” katanya.
Sebelum ini Izara turut berkata banyak juga produser mahu memberikannya watak atau adegan seperti dalam keadaan rogol dan berkemban dengan bayaran yang tinggi tetapi dia dengan secara tegasnya menolak dengan baik dan berbincang secara baik.
“Ada yang tawarkan tapi mungkin mereka tidak tahu bahawa babak seperti adegan rogol atau berkemban memang Izara takkan buat. Banyak sangat cerita melayu yang suka sangat adegan rogol. Ada sesetengah mereka yang menawarkan harga yang tinggi untuk melakukan aksi tersebut. Tetapi saya berkeras menolaknya kerana itu adalah pendirian saya,” katanya.
Sumber - rotikaya.com
No comments:
Post a Comment