Friday, August 28, 2015

Sultan Johor Bagi Amaran Keras Kepada Nazri Aziz



Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik dari Umno iaitu  Datuk Seri Nazri Aziz dan  anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat.

Beliau memberikan amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk “membelasah” Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.

Selain itu beliau “menasihatkan” ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

“Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak “whack” anakanda saya (TMJ).

“Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” tegasnya.

Sebelum ini Nazri telah menegur tingakan TMJ iaitu selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor. - Sumber

Budak Digelar Monyet, Jadi Mangsa Deraan Pengasuh?



MELAMPAU dan biadap! Seorang wanita yang dipercayai merupakan pengasuh di sebuah taska menerima kutukan dan kritikan ramai selepas tergamak memanggil anak asuhannya sebagai anak monyet sambil memburuk-burukkan ibu kanak-kanak malang itu di laman Facebook.
Tidak pasti atas sebab dan alasan apa, status yang dimuat naik pengasuh yang menggunakan nama akaun Facebook Liluu itu jelas memperlihatkan rasa benci dan dendam kesumat yang agak nyata terhadap anak kecil itu termasuk ibunya.
“Anak monyet tak reti duduk diam. Mak kau acah bagus. Suruh pantau anak yang macam monyet ni, pergi taska sudahla tak mandi. Lepastu minum nak bersuap. Seluar pun ikat dengan getah. Babi tak mampu ke mak kau? eh sial laa….,” tulis Liluu.
1
Kenyataan sarkastik pengasuh itu sekali gus mengejutkan pelayar media sosial yang membacanya.
Apatah lagi, wanita ini sangat lancang berkata-kata hingga sanggup mencarut dengan melabelkan ibu kanak-kanak berkenaan sebagai ‘babi’.
Rata-rata netizen menyifatkan pengasuh berkenaan tidak ikhlas dalam menjaga kanak-kanak dan hanya mementingkan wang ringgit semata-mata.
Tidak kurang juga ada ibu bapa yang mempunyai anak kecil menzahirkan rasa bimbang dan takut melihat kes seumpama ini berlaku.
Melihat kebiadapan pengasuh seperti ini, tidak dapat dinafikan segala macam perkara boleh berlaku.
Senang kata, kanak-kanak ini tidak berdosa ini mudah terdedah dengan risiko penderaan dan berada dalam keadaan bahaya.
Sama benar atau tidak dia menjadi mangsa, adalah harus untuk pihak berkuasa masuk campur segera dan cuba mengesan di mana kanak-kanak itu berada.
Jangan nanti sudah terantuk, baru tengadah.
Tak pasal-pasal, anak kecil yang masih lagi tidak memahami apa-apa ini menanggung penderitaan dan kesakitan.
Bagaimanapun, ibu bapa di luar sana usah la gusar kerana tidak semua pengasuh mempunyai perangai ‘gila’ sebegini. Namun, kita juga haruslah sentiasa berwaspada agar kejadian yang sama tidak menimpa pada batang hidung sendiri. – Sumber

Sultan Johor Titah Tukar Kembali Nama Kulaijaya Kepada Namanya Asal Serta Merta



Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini menitahkan kerajaan Johor supaya menukar semula nama Kulaijaya kepada nama asalnya kembali serta merta.

Memetik laporan Utusan Malaysia, daerah Kecil Kulai sebelum ini telah dinaikkan teraf kepada sebuah daerah pada 21 Jun 2008 dan ditukar namanya kepada Kulaijaya dan pengisytiharannya dibuat oleh sultan Sultan Iskandar, sultan Johor ketika itu.

Menteri besar Johor ketika itu Datuk Abdul Ghani Othman dalam ucapannya berkata, penubuhan daerah baru berkenaan adalah ebrtujuan meningkatkan kesejahteraan hidup di kawasan berkenaan.

Menurutnya, ekoran itu persempadanan semula dilakukan antara Kulaijaya dan Daerah Johor Bahru dengan sebahagian besar kawasan yang sebelum ini di bawah Daerah Johor Bahru dimasukkan ke dalam Daerah Kulaijaya.

Berdasarkan rujukan di portal Majis Perbandaran Kulai, terdapat dua versi tentang asal-usul Kulai.

Pertama, ia dikatakan daripada perkataan Gui Lai yang bermaksud ‘kedatangan kura-kura’, yang dikaitkan dengan kemunculan berpuluh-puluh ekor kura-kura menghala ke pekan ketika peristiwa banjir tahun 1920.

Terdapat juga versi menyatakan Kulai mendapat namanya daripada “Tengku Lai” yang membawa maksud “Tengku datang” yang datang ke Kulai untuk mengutip cukai dan berburu.

Selain itu memetik laporan Sinar Harian, baginda Tuanku Sultan Ibrahim juga menitahkan kerajaan negeri segera memikirkan nama segera terhadap Nusajaya, pusat pentadbiran negeri, kerana tiada kaitan dengan sejarah asal-usulnya.

Sultan Ibrahim bertitah selepas selesai menunaikan solat Jumaat ketika merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, ibu pejabat polis kontinjen Johor, di Johor Bahru. -Sumber

[WAJIB LIHAT] 11 Foto Cantik Mawar Rashid

\

Gara-gara bergambar mesra dengan kekash hati di laman sosial, nampaknya tindakan Mawar Rashid tersebut tidak disenangi oleh peminat dan juga kebanyakan masyarakat yang ‘sakit mata’ melihat perkara tersebut.

Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat - ROTIKAYA

Melalui muat naik di Instagram Miss Kepoh tersebut, pelbagai tohmahan dan juga kritikan telah dilemparkan kepada bekas Dewi Remaja ini. Jika dilihat sebelum ini, Mawar kebiasaannya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan terhadapnya.
Apa pun, semoga kritikan dan juga kontroversi akan mendewasakan lagi Mawar atau sesiapa saja selebriti yang terlibat di dalam dunia seni. Mungkin juga Mawar mempunyai jawapan tersendiri dalam setiap apa yang dikongsikannya di laman sosial. - Sumber
Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat - ROTIKAYA20150730_6136
Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat - ROTIKAYA20150730_6137
Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat - ROTIKAYA20150730_6138
Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat - ROTIKAYA20150730_6139
Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat - ROTIKAYA20150730_6140
Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat - ROTIKAYA20150730_6141
Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat - ROTIKAYA20150730_6142
Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat - ROTIKAYA20150730_6143
Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat - ROTIKAYA20150730_6144

Thursday, August 27, 2015

'Dah jemput, tak datang pula' -TMJ

'Dah jemput, tak datang pula' -TMJ
TMJ rancang pertemuan dengan penyokong gelap JDT untuk beri peluang bincang permasalahan dalam dunia bola sepak tempatan.

KUALA LUMPUR: Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,'terkilan' apabila jemputannya untuk peminat gelap atau closet fanpasukan bola sepak Johor Darul Takzim, tidak mendapat sambutan.

Laman Facebook Johor Southern Tigers semalam memuat naik sekeping gambar Tengku Mahkota Johor itu bersendirian di meja makan, dengan status berbunyi "Dah pelawa pun, tak datang juga".

Dah pelawa tak datang pula, kata TMJ

Rata-rata komen di laman Facebook itu meluahkan rasa terkejut kerana sangka mereka, ia hanyalah gurauan.

Komen pengguna Facebook

Komen pengguna Facebook

Komen pengguna Facebook

Tunku Ismail, atau TMJ, sebelum itu menjemput peminat gelap JDT untuk hadir ke majlis jamuan makan bertempat di Istana Bukit Pelangi. Ia dijadualkan berlangsung pada Rabu, jam 8.30 malam.

Pertemuan itu bertujuan memberi peluang kepada golongan itu meluahkan rasa tidak puas hati di samping berkongsi pendapat tentang situasi bola sepak tempatan. - Sumber

[7 Foto] Intan Ladyana Enggan Kongsi Kisah Cinta



Masih lagi kedengaran ada pihak yang mengaitkan dirinya dengan bekas kekasih, Kamal Adli,Intan Ladyana kini nampaknya lebih tegas dan sebolehnya tidak mahu langsung berbicara mengenai soal cinta dan kehidupan peribadinya.

“Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Selepas berpisah, saya tidak berhubung lagi dengannya. Saya juga tidak mahu ambil tahu sama ada dia sudah ada pengganti atau tidak kerana ia bukan urusan saya lagi. Saya berharap orang juga tidak bertanya saya mengenai perkembangan dirinya lagi”
“Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi kisah cerita peribadi mahu pun kisah cinta lagi. Memang dulu, saya sangat terbuka berkongsi kisah cinta dengan pihak media dan peminat tapi kini tidak lagi. Banyak yang saya belajar dari pengalaman putus cinta sebelum ini,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain itu, Intan merasakan dirinya cukup bertuah kerana ibu bapanya tidak mendesak dirinya untuk berkahwin awal malah pelakon ini juga katanya mahu memberikan fokus kepada bidang seni dan juga bidang perniagaan berasaskan fesyen yang akan dimulakan tidak lama lagi. - Sumber

6 - Intan Ladyana Enggan Kongsi Kisah Cinta - ROTIKAYA
5 - Intan Ladyana Enggan Kongsi Kisah Cinta - ROTIKAYA
4 - Intan Ladyana Enggan Kongsi Kisah Cinta - ROTIKAYA
3 - Intan Ladyana Enggan Kongsi Kisah Cinta - ROTIKAYA
2 - Intan Ladyana Enggan Kongsi Kisah Cinta - ROTIKAYA
1 - Intan Ladyana Enggan Kongsi Kisah Cinta - ROTIKAYA

[9 Foto] Tasha Shilla Upah 40 Lelaki Pukul Bekas Kekasih?



Melalui satu sumber yang berkongsikan maklumat kepada kami, seorang wanita di laman Instagram dengan panggilan Carmen (dipercayai kekasih baru Hans Wong) mendakwa Tasha Shilla telah menyerangnya bersama bekas kekasih Tasha itu malah lebih teruk lagi, Tasha juga dikatakan telah mengupah 40 orang lelaki untuk memukul Hans.

BACA: Jangan Nilai Diri Saya Hanya Kerana Saya Pakai Bra
1 - Tasha Silla Upah 40 Lelaki Pukul Bekas Kekasih? - ROTIKAYA
Berdasarkan gambar, lelaki yang didakwa Hans telah pun membuat laporan polis dan melalui beberapa perbualan di ruangan komen, Farah Mendoza yang turut ada di tempat kejadian menyatakan situasi yang menyebabkan suasana tegang terjadi di dalam sebuah kelab malam.
2 - Tasha Silla Upah 40 Lelaki Pukul Bekas Kekasih? - ROTIKAYA
Jika benar perkara ini terjadi, nampaknya perlu ada penjelasan daripada pihak terbabit daripada terus menjadi lebih teruk. Malah ini juga bagi mengelakkan nama Tasha terus tercemar dengan kontroversi tidak henti-henti.
Apa-apa pun, kami tahu, anda pun teringinkan untuk lihat siapakah kekasih baru Hans? Kami kongsikan beberapa gambar Carmen untuk tatapan anda. - Sumber


6 - Tasha Silla Upah 40 Lelaki Pukul Bekas Kekasih? - ROTIKAYA
5 - Tasha Silla Upah 40 Lelaki Pukul Bekas Kekasih? - ROTIKAYA
4 - Tasha Silla Upah 40 Lelaki Pukul Bekas Kekasih? - ROTIKAYA
3 - Tasha Silla Upah 40 Lelaki Pukul Bekas Kekasih? - ROTIKAYA
2 - Tasha Silla Upah 40 Lelaki Pukul Bekas Kekasih? - ROTIKAYA
1 - Tasha Silla Upah 40 Lelaki Pukul Bekas Kekasih? - ROTIKAYA

[7 Foto] Uqasha Senrose Terkilan Dilabel Diri Playgirl



Seringkali bertukar pasangan selepas putus tunang dengan pelakon Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose mengakui terkilan dengan mulut segelintir pihak yang melabelkannya sebagai wanita yang mudah bertukar lelaki atau pun playgirl.

“Saya bukan jenis yang suka bertukar-tukar pasangan seperti dikatakan sebaliknya percaya pada takdir. Saya kenal seseorang itu dalam satu masa dan tak pernah main kayu tiga. Saya ada terbaca di blog mengatakan saya playgirl. Saya sedih sangat kenapa sampai tahap itu tanggapan mereka”
“Itu bukan kehendak saya. Lagipun siapa tak mahu kekal dan bahagia dengan seorang sahaja,” katanya yang baru-baru ini dikaitkan pula dengan Iqram Dinzly. Bagaimanapun menurut pelakon ini, dia menolak tepi semua tohmahan yang mendatang.
“Teguran ke arah positif saya ambil sebagai bentuk pengajaran. Selebihnya saya serahkan kepada Allah. Buat masa sekarang, saya berkawan dengan semua orang. Siapa sangka, dari situ dipertemukan dengan orang yang sesuai dan serasi,” jelasnya kepada Harian Metro. - Sumber
6 - Uqasha Senrose Terkilan Dilabel Playgirl - ROTIKAYA
5 - Uqasha Senrose Terkilan Dilabel Playgirl - ROTIKAYA
4 - Uqasha Senrose Terkilan Dilabel Playgirl - ROTIKAYA
3 - Uqasha Senrose Terkilan Dilabel Playgirl - ROTIKAYA
2 - Uqasha Senrose Terkilan Dilabel Playgirl - ROTIKAYA
1 - Uqasha Senrose Terkilan Dilabel Playgirl - ROTIKAYA


Wednesday, August 26, 2015

‘Tahniah KJ, tahniah Pemuda Umno kerana berani’ - TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

SAYA merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno, dan barisan Exco Pemuda Umno atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri.
 
Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.
 
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden Umno yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti.
 
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan Umno, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.
 
Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda Umno dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state).
 
Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal.
 
Mudah-mudahan ALLAH SWT menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.
 
Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden Umno, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi.
 
Saya lakukan ini kerana saya sayangkan Umno. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
 
Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam Umno sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita.
 
Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan.
 
Seorang Ketua Bahagian di Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.
 
Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada Umno cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam Umno lebih 40 tahun. Malah, ketika Umno diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula Umno di Johor sehingga Umno kembali kuat dan Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan Umno dan BN dalam setiap pilihan raya umum (PRU).
 
Saya juga tetap setia bersama parti ketika Umno menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.
 
Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara.
 
Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.
 
Kepada ALLAH saya berserah. - Sumber

Kurang Ajar! Ibu Terima Mesej Lucah Untuk Bantu Anak

SEORANG ibu melahirkan rasa kecewanya selepas menerima beberapa mesej pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah daripada individu tidak dikenali cuba mengambil kesempatan terhadap masalah yang dihadapinya.
Ia susulan artikel disiarkan oleh sebuah akhbar Harian Metro semalam, mengenai pemintaan Nor Hasmilia Abu Seman, 25 untuk mengurangkan bebanan ditanggung untuk merawat anaknya yang menghidapi penyakit kronik.
Justeru beliau yang memohon sumbangan masyarakat sudah pasti terpaksa mendedahkan nombor telefon untuk memudahkan perhubungan dengan orang luar yang ingin membantu.
Tetapi ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan nombor telefon berkenaan dengan menyatakan ingin membantu tetapi perlukan ‘balasan’ yang tidak munasabah.
Berikut adalah SMS yang diterimanya.
1.1
2.2
3.3
4.4
“Saya tidak menyangka ada individu yang tergamak hantar SMS begini sedangkan kami hanya mohon bantuan atau sekurang-kurangnya doa orang ramai.
“Bimbang dengan SMS itu, saya dan suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di George Town, Pulau Pinang semalam, ” ujarnya.
Apa yang boleh dikatakan ialah perkara tersebut sememangnya merupakan perbuatan yang kurang ajar lagi biadap kerana mengambil kesempatan terhadap situasi mangsa.
Apa-apa pun, laporan kepada pihak polis telah dilakukan dan kami mengharapkan pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu biadap terbabit.- Sumber

Hukuman Gantung Di Malaysia Jadi Berita Di Mexico



WALAUPUN kerajaan Mexico sering melancarkan ‘perang’ terhadap kartel dadah, namun negara itu langsung tidak pernah mewujudkan hukuman mati terhadap pesalah berkaitan jenayah narkotik.
Bagaimanapun Malaysia mencipta ‘gelombang’ baharu di negara itu apabila memutuskan bahawa tiga rakyat Mexico perlu ke tali gantung untuk dihukum mati kerana didapati bersalah mengedar dadah.
Ia susulan tindakan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengekalkan keputusan bersalah ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap tiga adik-beradik berkenaan pada April lalu.
Hasilnya, Duta Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona mula ‘popular’ apabila dirinya dibanjiri dengan permintaan untuk diwawancara daripada 32 agensi media dari negaranya.
Tiga beradik warga Mexico itu ialah Jose Regino Gonzales Villarreal, 34; Simon Gonzales Villareal, 37, serta Luis Alfonso Gonzales Villarreal, 44.
Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan mereka.
Dalam keputusannya, Hakim Mohd. Zawawi berkata, undang-undang Malaysia melayan semua tertuduh secara sama rata, tanpa mengambil kira warga asing ataupun tempatan.
Mereka antara lima lelaki yang didakwa mengedar dadah seberat 29,460.17 gram jenis methaphetamin di kilang IPL Packaging Industries Sdn. Bhd. di 55, Jalan Idaman 1/5, Senai Industrial Park, Senai, Johor Bahru kira-kira pukul 3.15 petang, 4 Mac 2008.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Hukuman gantung ke atas ketiga-tiga adik beradik itu kini menjadi berita hangat di Mexico. Namun dilaporkan kehidupan adik beradik itu lebih baik apabila Corona dilantik menjadi duta ke Malaysia.
Beliau berjaya membantu adik beradik itu untuk dipindahkan dari penjara Kajang di Selangor ke penjara Bentong di Pahang, yang dikatakan lebih selesa.
Corona, seorang diplomat yang berkhidmat selama lebih daripada 23 tahun datang ke Malaysia atas sebab-sebab tertentu.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas ketika berurusan dengan hukuman mati dan merupakan salah seorang pakar terkemuka Mexico mengenai subjek ini.
Selepas penghakiman Mahkamah Persekutuan, Corona berkata kepada The Star: “Kami menghormati badan kehakiman Malaysia dan kami akan memfailkan semakan kehakiman sebelum memohon pengampunan Sultan Johor.”
Kementerian Luar Mexico berkata mereka akan merayu kepada badan-badan tempatan dan antarabangsa untuk menentang hukuman mati.- Sumber