Bermula dengan pendedahan perbualan bersama Fizz Fairuz di WeChat, nama Fara Mendoza terus mendapat perhatian ramai malah kisah peribadi dan kehidupan sosialnya juga turut didedahkan melalui sosial media.
“Itu amaran saya kepada Fizz dan ia bukan bertujuan mencari publisiti murahan seperti yang diperkatakan. Saya tidak ‘menjual diri’ untuk cari rezeki, malah saya bukan penganggu rumah tangga orang. Penjelasan ini diharap dapat membersihkan semula nama saya”
“Barangkali imej seksi saya mengundang prasangka kurang baik, namun hakikatnya saya tidak pernah mengganggu sesiapa. Kepada yang bercakap buruk mengenai saya, jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman. Jika apa saya lakukan itu untuk mencari publisiti murahan, sudah lama saya buat, kenapa baru sekarang?,” jelasnya kepada Harian Metro.
Malah sebelum ini Farah dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa Fizz terlebih dahulu menghubunginya selain turut menunjukkan jumlah wang yang ada dalam akaun bank miliknya.- Sumber
No comments:
Post a Comment