BALING - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan fitnah yang dilemparkan pihak oleh tertentu menyebabkan kerajaan sukar untuk membagunkan negara.
Beliau berkata, usaha tersebut sukar kerana kerajaan terpaksa menjawab segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan disetiap masa.
“Media sosial dilihat sebagai medium amat bahaya jika tidak digunakan dengan berhemah dan tidak adil iaitu menerima bulat-bulat maklumat tanpa usul periksa.
“Ini dapat kita lihat melalui suasana dalam negara di mana kerajaan hampir kucar-kacir akibat fitnah. Berita yang disebarkan itu sebenarnya tidak benar sama sekali,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Agong Pemuda Umno Bahagian Baling, semalam.
Katanya, rakyat perlu berhati-hati menerima dan menyebarkan apa jua maklumat yang diterima daripada pihak ketiga.
“Kita mahu pastikan setiap berita yang di sebarkan adalah sahih supaya ia tidak menjadi maksiat jariah iatu dosa memfitnah (jika berita yang dihantar itu benar-benar fitnah),” katanya.
Sumber Rujukan - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment