KLUANG - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terdapat ‘bisik-bisik’ daripada pelbagai rakan politik yang memberi amaran kepada beliau supaya berhati-hati dalam sebarang tindakan dan percakapan bagi mengelakkan karier politik beliau terkubur.
Menurut beliau, pesanan dan amaran untuk tidak bercakap itu termasuk juga membabitkan isu 1MDB yang dikatakan menjadi punca beliau digugurkan daripada Kabinet.
Namun tegas Timbalan Presiden Umno itu, beliau tidak akan membisu atau mendiamkan diri daripada bercakap hal-hal melibatkan kepentingan rakyat termasuk isu 1MDB.
“Sahabat-sahabat politik saya bagi nasihat...Tan Sri sebagai Timbalan Presiden Umno cakap ‘baik-baik’..saya tanya kenapa? Jawapan mereka...manalah tahu selepas tinggalkan kerajaan ada yang cari salah supaya jawatan saya tergugat.
“Sekarang saya sudah ada masa untuk isteri dan anak-anak, namun, saya akan kekal bercakap soal kepentingan rakyat termasuklah perkara 1MDB,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kluang, di Pekan Rabu, semalam.
Mesyuarat di Kluang itu merupakan bahagian Umno pertama dirasmikannya selepas beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan beliau mempunyai niat untuk menumbangkan kerajaan selepas penggugurannya dalam Kabinet, Selasa lalu.
Beliau yang merupakan orang nombor dua dalam Umno berkata, tiada niat untuk beliau melakukan perkara tersebut malah akan tetap teguh dan akan membantu menegakkan kerajaan.
Ujarnya, beliau masih teguh pendirian untuk membantu Presiden serta Majlis Tertinggi Umno mengatasi pelbagai isu yang melanda negara ketika ini.
“Sebab tu kita kena susun langkah bagi menghadapi pelbagai isu yang melanda...kita kena bertindak bijaksana untuk atasi masalah rakyat.
“Ini termasuk menangani kos hidup yang tinggi..bukan isu kecil... isu melibatkan keselamatan negara perlu ditangani dengan sebaik-baiknya.
“Sejak bila saya mahu jatuhkan kerajaan? Dua hari selepas saya digugurkan dari kerajaan, saya tidak pergi ke mana-mana dan hanya duduk di rumah,” katanya.
Muhyiddin sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk terus membantu Najib mengukuhkan Umno namundalam masa yang sama tetap akan menyuarakan pandangannya demi kelangsungan dan kepentingan parti, rakyat dan negara.

Sumber Rujukan - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment