Tahniah diucapkan kepada Marion Caunter yang baru sahaja selamat melahirkan anak ketiganya hasil perkahwinan dengan suami, SM Nasarudin Nasimuddin. Berita gembira itu dikongsikan oleh Marion dan suaminya sendiri menerusi akaun Instagram mereka sekitar satu jam yang lalu.
"Alhamdulillah. Words can't describe how happy and blessed we feel right now. We welcomed a little baby boy into the world yesterday. Thank you for all your well wishes and prayers. Leia and Lana now have a little brother to bully :) Hugs. Mare and Nasa," ucap kedua-dua mereka di ruangan kapsyen gambar yang dimuat naik sebentar tadi.
Dalam gambar itu, terlihat wajah gembira SM Nasarudin yang sedang mendukung bayi lelaki mereka itu. Pasangan itu sebelum ini dikurniakan dua orang puteri, Leia dan Lana. Tahniah sekali lagi dari kami. -Sumber
No comments:
Post a Comment