Friday, August 14, 2015

TERKESAN GAGAL BERCINTA, UQASHA BELUM BERSEDIA TERIMA IQRAM

Uqasha

Beberapa hari lalu, di laman Instagram pelakon cantik, Uqasha Senrose mengejutkan ramai pengikutnya apabila dia memuat naik beberapa keping fotonya yang agak mesra bersama Iqram Dinzly. 
 
Memetik kenyataannya dalam Mangga Online, Uqasha mengakui bahawa dirinya dan Iqram hanyalah sekadar kawan biasa dan belum sampai ke peringkat bercinta lagi. 
 
Menurut kakak kepada Nelydia Senrose ini lagi, dia masih belum bersedia untuk memikul sebarang komitmen dalam percintaan. Katanya lagi, dia masih terkesan akibat daripada kegagalan percintaanya yang lalu. 
 
Jadi, dalam kata lain, Uqasha nampaknya memang belajar daripada pengalaman. Semoga Uqasha membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya dalam melanjutkan hubungan bersama Iqram. 



No comments:

Post a Comment