Dalam satu sidang media yang berlangsung di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil hari ini penyanyi Stacy AF telah mengesahkan dirinya memeluk Islam seperti dilaporkan semalam oleh pihak media.
Stacy AF atau nama Islam beliau Ummu Syaikhah Stacy Binti Anam hadir ditemani ibu bapanya.
Penyanyi ini berkata beliau memilih Islam kerana minatnya yang mendalam untuk lebih belajar lagi tentang agama tersebut dan bukan kerana hubungan percintaan bersama Akim Ahmad.
“Stacy masuk Islam bukan kerana mahu berkahwin seperti yang diperkatakan sebelum ini dan bukan juga disebabkan pengaruh orang lain. Penghijrahan saya terjadi kerana keikhlasan saya untuk mendalami Islam itu sendiri”
“Sekiranya Stacy mahu berkahwin lebih baik Stacy masuk Islam ketika mahu berkahwin sahaja, dan sekiranya dia (Akim) bukan jodoh saya, Saya tak kisah kerana saya memeluk Islam kerana saya ikhlas mahu memeluknya,” ujarnya.
Media semalam melaporkan yang Stacy AF hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru.
Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.
Bagaimanapun dia tetap tetap menghormati agama Kristian dan turut menafikan hasrat memeluk Islam adalah untuk berkahwin dengan Akim selain menjelaskan bahawa ibu dan bapa Akim yang banyak membantunya dalam usaha memeluk Islam.
“Kalau tak ada jodoh saya dengan Akim, saya akan tetap peluk Islam. Saya masuk Islam bukan sebab nak kahwin dengan dia tapi sebab saya mahukan Islam itu sendiri. Masa tu (mengucap) saya sangat-sangat teruja”
“Bersemangat nak mengucap dan saya menangis kerana sangat gembira apatah lagi ketika itu ayah dan ibu saya ada bersama,” katanya kepada mStar Online selain memberitahu bahawa dia terkenangkan kenangan bersama keluarga selepas memilih menukar agama. - Sumber
No comments:
Post a Comment