Kami tahu, Jepun sememangnya sangat unik dan lahir dengan pelbagai perkara yang kadang-kala jika difikirkan memang tidak masuk akal tetapi perkara tersebut jugalah yang menjadikan negara ini unik dan berbeza dengan negara lain di atas dunia ini.
Sebuah restoran di Tokyo – Tokyo restaurant Curry Shop Shimizu – menghidangkan kari dengan perasa najis. Ah, menulis artikel ini pun buat kami rasa sungguh jijik. Pemilik restoran dan juga pencipta kari itu juga, Ken Shimizu turut menyatakan bahawa apa yang bakal dirasa oleh pelanggan adalah sangat hampir dengan rasa najis. APAKAH KEGILAAN INI, KAMI TIDAK BOLEH TERIMA!!!
Bagaimanapun, di laman web mereka, bahan-bahan dan juga cara penyediaan kari tersebut dilakukan dengan kawalan kebersihan yang sangat tinggi. Menambahkan lagi kegelian, bekas yang digunakan untuk menghidangkan kari itu juga berbentuk tandas di Jepun.
Jadi, jika ada rakan anda kata, makanan di tempat anda tidak sedap, suruh mereka datang ke Jepun dan rasai sendiri bagaimana kari berperisa najis ini. Okay, rasa mahu pergi berus gigi sekarang. - Sumber
No comments:
Post a Comment