Friday, August 14, 2015

Peminat Berang Awal Ashaari 'Biarkan' Scha Berpakaian Seksi

Lumrah menjadi selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian ramai.

Apatah lagi sekiranya suami isteri juga berada dalam bidang yang sama, maka kedua-duanya akan mendapat fokus yang lebih di kalangan peminatnya.


Itulah yang berlaku terhadap pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya ketika menghadiri majlis fesyen yang berlangsung baru-baru ini.

Memuatnaik gambar bersama isterinya di laman Instagram, pengikut Awal mengkritiknya apabila seolah-olah merelakan Scha berpakaian terlalu seksi.

Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan pengikut artis itu menyifatkan Awal sebagai suami yang dayus kerana membiarkan Scha menjadi tatapan ramai dengan berpakaian sedemikian.

Segolongan peminat mereka juga menegur perbuatan pengikut Awal dan Scha dengan meminta mereka memberi nasihat secara berhemah dan tidak memalukan pasangan artis itu.

Awal dalam responnya terhadap teguran dan kritikan itu berkata menghargai kesemua teguran dan nasihat oleh peminatnya, dan boleh berbuat demikian melalui alamat emel yang ditinggalkan. 


Sumber - Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment