KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu melakukan post-mortem secepat mungkin bagi membincangkan sama ada penganjuran KL City Grand Prix dapat diteruskan lagi tahun hadapan.
“Program yang memerlukan penutupan jalan di Kuala Lumpur perlu mendapat persetujuan DBKL, jadi mereka perlu bincang adakah wajar perlumbaan tersebut diteruskan.
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan perlumbaan itu kerana darisegi kos perbelanjaan dan keselamatan di bawah tanggungjawab pihak penganjur yang berpengalaman…termasuk persetujuan pihak berkuasa tempatan, iaitu DBKL,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri KBS di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Penganjuran KL City Grand Prix, yang berlangsung selama tiga hari pada 7 Ogos lepas, melibatkan penutupan lima jalan utama di bandar raya Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai penswastaan liga bola sepak tempatan, Khairy berkata perkara tersebut akan menjadikan liga tempatan lebih profesional.
“Di samping liga yang lebih profesional, saya harap penjanaan kewanganmelalui liga ini dapat dikongsi dengan baik dalam kalangan kelab-kelab bola sepak.
“Harapan saya bila bola sepak diswastakan, biar peruntukan yang diberikankepada Persatuan Bola Sepak Sepak (FAM) digunakan untuk pembangunan sukan itu bukan untuk bayar gaji,” katanya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengulas mengenai kejayaan acara KL City Grand Prix, yang dilihat memberi kesan positif khususnya terhadap industri pelancongan di ibu negara.
Beliau berkata ribuan penonton termasuk pelancong luar telah menyaksikan perlumbaan sulung itu.
Katanya, menerusi kewujudan acara seperti itu sekali gus ia dapat sekali lagi menempa nama negara dan bandaraya Kuala Lumpur di arena antarabangsa dalam acara sukan perlumbaan kereta.
“Kalau kita tengok di Macau, Hong Kong, Gold Coast, Perth, Monaco, dan dulu di kota London, pun ada buat GP Race, jadi kita nak mempromosikan Kuala Lumpur.
“Yang penting, kita nak bawa perlumbaan ini dekat kepada rakyat,” katanya.
Sumber – BERNAMA
No comments:
Post a Comment