Pengacara dan penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley mendedahkan yang pengalaman kasutnya dicuri sewaktu berhenti sebentar untuk menunaikan solat di sebuah masjid menjadi inspirasi untuk dia mengeluarkan produk selipar yang diberi nama CuriDose.
Kasut jenama Louis Vuitton milik Jimmy yang berharga lebih kurang RM2,000.00 hilang ketika dia menunaikan solat di sebuah masjid yang terletak di USJ 9, Subang Jaya beberapa tahun lalu.
"Saya berhenti di masjid sebentar untuk menunaikan solat kerana sudah masuk waktu. Selepas selesai solat, kasut bersama stokin saya tiada di tempatnya. Kedua-duanya lesap. Mungkin ada orang yang terambil kasut itu dan saya rasa bukan rezeki saya," kata Jimmy yang ditemui di Rumah Terbuka Ultra FM baru-baru ini.
Menggunakan insiden itu sebagai inspirasi untuk menjual selipar yang diberi nama CuriDose, sambutan yang diterima oleh Jimmy amat menggalakkan.
"Nama CuriDose itu sendiri menjadi peringatan kepada sesiapa yang selalu 'terambil' selipar yang bukan kepunyaan mereka. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat positif dan selain selipar, saya juga merencana untuk mengeluarkan baju, sweater dan tabung dari jenama yang sama," kata Jimmy lagi.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai jenama CuriDose, lawati laman Instagram milik Jimmy, @jimmyshanley atau @curidose. Sumber

No comments:
Post a Comment