
Penyanyi lagu Bukan Hal Aku, Kaka Azraff atau nama sebenarnya, Nor Atiqah Noor Azraff, 26, menyasarkan untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia 28 tahun.
"Tipulah jika saya tidak pernah terfikir mengenai perihal perkahwinan. Tetapi buat masa ini, saya letakkan keutamaan kepada kerjaya terlebih dahulu. Selepas dua tahun, baru saya mahu fikirkan untuk menamatkan zaman solo," ujar Kaka kepada Portal Murai.
Belum mempunyai teman istimewa, Kaka tidak meletakkan ciri-ciri spesifik dalam memilih lelaki yang bakal menjadi suaminya.
"Saya masih solo dan tidak punya teman lelaki. Saya tiada ciri-ciri khas dalam memilih suami tetapi biarlah dia seorang yang bertanggungjawab dan dapat membimbing saya," kata Kaka lagi.
Dalam perkembangan lain, wajah Kaka kini sedang menghiasi drama bersiri terbaru, Plan Cinta Tak Jadi yang ditayangkan setiap Isnin, jam 10.00 malam di Astro Ria.
Memegang watak sebagai Sara, Kaka bergandingan dengan Fathia Latiff, Fattah Amin, Ramona Zamzam, Arja Lee dan Mark Adam dalam drama bersiri tersebut. Plan Cinta Tak Jadi merupakan sebuah drama bersiri arahan Azmi Hatta. Sumber
No comments:
Post a Comment