Sunday, August 2, 2015

Jangka Hayat Penduduk Jepun Tertinggi

JANGKA hayat lelaki dan wanita di Jepun pada tahun 2014 adalah yang tertinggi pernah dicatatkan. - Foto AFP


TOKYO – Jangka hayat lelaki dan wanita di Jepun pada tahun 2014 adalah yang tertinggi pernah dicatatkan, menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, semalam.
Fuji TV melaporkan, jangka hayat purata bagi lelaki Jepun adalah 80.5 tahun, manakala wanita pula 86.83 tahun. Jangka hayat kedua-dua jantina berkenaan masing-masing meningkat sebanyak 0.29 dan 0.22 tahun sepanjang tahun 2013.
Jangka hayat lelaki, Jepun menduduki tempat ketiga selepas Hong Kong dan Iceland, namun kekal di tempat pertama untuk jangka hayat wanita bagi tiga tahun berturut-turut, mengatasi Hong Kong dan Sepanyol.
Fuji melaporkan memetik kementerian sebagai berkata, alasan jangka hayat panjang di Jepun disebabkan jumlah kematian rendah akibat kanser dan sakit jantung kerana kemajuan dalam bidang perubatan. - AGENSI/BH ONLINE

No comments:

Post a Comment