Wednesday, August 26, 2015

Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari Gandingkan Kevin Zahri dan Sharifah Sakinah

astro bella jom kurus cabaran 30 hari gandingkan kevin zahri dan sharifah sakinah

Semua wanita di dunia mahu kelihatan cantik dan menarik. Disamping itu, penjagaan kesihatan juga sangat dititikberatkan oleh wanita masa kini. Siapa tidak mahu tampil langsing menawan seterusnya meningkatkan daya keyakinan dalam diri?

Menyedari hakikat itu, saluran Astro Bella hadir dengan inisiatif terbaru berbentuk program realiti yang berjudul , Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari.

Bakal menemui penonton Oktober ini, program ini bakal menggandingkan jurulatih kecergasan terkenal Malaysia, Kevin Zahri bersama aktres yang terkenal dengan gaya hidup sihat, Sharifah Sakinah.

Kevin bakal bertindak selaku pengacara dan Sakinah bakal menggalas tugas sebagai pengacara bersama.

Program realiti ini bakal menampilkan gaya hidup sihat dan bakal menyaksikan para peserta menyahut cabaran untuk mengurangkan berat badan dalam masa 30 hari disamping mendapat pendedahan mengenai kepentingan kesihatan dan kecergasan.

Program ini merupakan susulan dari program jelajahan Astro Bella Jom Kurus yang diperkenalkan pada bulan Februari lalu yang mana ianya telah menyaksikan penyertaan yang begitu memberansangkan dari golongan wanita yang mempunyai masalah berat badan.

”Di bawah kendalian Kevin Zahri, saya yakin program ini sedikit sebanyak mampu memupuk kesedaran seterusnya menyumbang ke arah pengurangan kadar statistik obesiti di Malaysia. Pengenalan program Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari ini secara tidak langsung membantu merealisasikan konsep gaya hidup sihat di kalangan masyarakat terutamanya golongan wanita,” kata Natasha Hashim selaku Pengurus Saluran Astro Bella.

Program ini terbuka kepada wanita yang berumur 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan dan mempunyai BMI melebihi 25. Peserta hanya perlu memuat naik video berdurasi 15 saat menunjukkan mereka sedang menjalankan aktiviti kecergasan dan secara ringkas nyatakan mengapa mereka harus dipilih untuk menyertai pertandingan ini dan tag Astro Gempak beserta #astrobellajomkurus #cabaran30hari. Pemilihan peserta akan bermula pada 24 Ogos hingga 6 September ini.

Pemenang program ini akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM20,000.00, sebuah trofi beserta hadiah-hadiah menarik yang lain. ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari’ dijangka akan menemui para penonton Oktober ini di saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di saluran Mustika HD (134).

Untuk maklumat lanjut, layari www.astrogempak.com.my/astrobella. Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini di media sosial dengan #astrobellajomkurus #cabaran30hari. - Sumber

No comments:

Post a Comment