Wednesday, August 26, 2015

Hanya Shah Rukh Khan Mampu Buat Saya Menangis - Preity Zinta

Aktres terkenal Bollywood, Preity Zinta mendedahkan bahawa hanya Shah Rukh Khan sahaja yang mampu membuatkan dirinya menangis ketika melakonan babak beremosi di set penggambaran.
Media The Indian Express melaporkan, pengakuan dari Preity Zinta dibuat menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam status Twitter tersebut, Preity telah menulis: “Satu-satunya aktor yang membuatkan saya menangis ketika melakonkan babak beremosi ialah Shah Rukh Khan. Saya sudah menangis dalam banyak babak bersamanya untuk pelbagai filem”.
Jelas Preity lagi, penjiwaan watak ialah Shah Rukh telah membuatkan dia juga mudah berlakon di samping aktor itu walaupun perlu melakonkan babak menangis dengan kerap.
Antara filem yang menggandingkan Preity dan Shah Rukh ialah Dil Se, Veer Zaara dan Kal Ho Na Ho.
Selain itu, Preity turut mendedahkan dia pernah berasa takut berlakon bersama Salman Khan yang disifatkannya terlalu garang dan tegas ketika bekerja di set penggambaran. Sumber

No comments:

Post a Comment