Tuesday, September 1, 2015

[4 FOTO] Sharnaaz Ahmad: Hidup Saya Adalah Privasi Saya



Ketika ini, hubungan Sharnaaz Ahmad dan juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila sedang hangat diperkatakan. Mengakui tidak gemar kisah cinta diajukan kepadanya, Sharnaaz dalam masa yang sama menyatakan dia kini tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Nabila.


BACA: Sharnaaz Ahmad Nafi Bercinta Dengan Kakak Neelofa?

“Tidak. Kalau mahu bertanya soal peribadi dan lebih-lebih lagi cinta, saya tidak mahu komen. Setakat ini, saya memang tiada hubungan istimewa dengan mana-mana wanita. Saya memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana berasakan perkara sebegini sepatutnya tidak diperbesarkan”
“Pada saya, sekarang terlalu ramai peminat yang kolot pemikiran. Kalau seseorang artis itu buat sesuatu yang mana melibatkan hal privasi, mengapa perlu menyibuk? Masing-masing ada hidup sendiri,” jelasnya kepada Kosmo! mengenai gosip yang melandanya.
Selain itu, dia juga menyifatkan bahawa apa yang dikongsikan oleh Nabila di akaun laman sosial wanita berkenaan adalah hak Nabila dan menyifatkan perkara itu sebagai privasi Nabila sendiri.
“Bagi saya, kehadiran keluarga di sisi yang sentiasa ada pada saat sukar dan gembira merupakan perkara paling indah yang saya dapat sempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini. Sebab itu saya kata, hidup saya adalah privasi saya. Selain hidup sendiri, keluarga adalah keutamaan dalam segala perkara,” katanya. - Sumber

7 - Sharnaaz Ahmad- Hidup Saya Adalah Privasi Saya - ROTIKAYA

6 - Sharnaaz Ahmad- Hidup Saya Adalah Privasi Saya - ROTIKAYA

5 - Sharnaaz Ahmad- Hidup Saya Adalah Privasi Saya - ROTIKAYA