Tuesday, August 18, 2015

Tun M: Rakyat Menderita Kalau Najib Kekal Jadi PM

Rakyat Malaysia akan menghadapi keadaan ekonomi yang lebih buruk, jika Datuk Seri Najib Tun Razak kekal menjadi Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menerusi laman blognya hari ini memberitahu, keadaan ekonomi sekarang menunjukkan kejatuhan ketara dan dijangka akan lebih teruk jika Najib terus kekal.

Tiada siapa mampu berbuat apa-apa

Malaysia-Flag-21
“Apa yang berlaku di Malaysia hari ini belum pernah terjadi. Kedaulatan undang-undang tunggang tebalik dan seolah-olah tiada siapa yang berdaya untuk berbuat apa-apa untuk menegakkan semula.
“Ini adalah kerana pemimpin yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang dikatakan telah melanggar undang-undang.”

Isu 1MDB, hanya Peguam Negara yang boleh ambil tindakan

Peguam Negara Yang Baru Tan Sri Apandi Ali [Image via Malaysian Insider]
Peguam Negara Yang Baru Tan Sri Apandi Ali [Image via Malaysian Insider]
“Badan khas diwujudkan untuk mengawasi bagaimana wang Kerajaan diuruskan. Mereka terdiri dariapda Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
“Peguam Negara sahaja yang boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan undang-undang. Jika Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk didakwa, walaupun jenayah yang dilakukan secara terang-terangan, maka kes tersebut tidak akan dibicarakan di mahkamah.”

Najib bertindak terlebih dahulu

MUHYIDDINPC_290715_TMIAFIF_011
[Image via Malaysian Insider]
“Pertama sekali, beliau memecat Peguam Negara dan melantik orangnya untuk jawatan itu.
“The Edge, akhbar yang telah mendedahkan skandal 1MDB juga telah ditutup.
“Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri dan juga menteri yang lantang mempersoalkan rekod kewangan 1MDB dan RM2.6 bilion yang ada dalam akaun bank peribadinya.”

Masalah lain timbul, akhirnya rakyat menderita

Malaysia Prime Minister Najib Razak Interview
“Nilai matawang Ringgit Malaysia jatuh mencecah RM4 sedolar Amerika Syarikat dan mungkin akan jatuh lagi. Kesannya negara akan jadi miskin.
“Kerajaan kekurangan dana. Pengenalan GST hanya menyebabkan peningkatan kos sara hidup yang membuatkan kejatuhan nilai Ringgit lebih teruk.
“Najib mungkin boleh membeli jalan dalam pilihan raya akan datang tetapi dia tidak akan dapat memperoleh dana bagi pembelian populariti. Kerajaan dipimpinnya tidak akan dapat untuk meminjam. Ekonomi negara akan runtuh dan rakyat akan menderita.”
“Namun, suara rakyat mahu Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri. - Sumber

No comments:

Post a Comment