
KUALA LUMPUR: Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yakin orang ramai menerima baik penerangan kerajaan berhubung dana RM2.6 bilionyang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, maklum balas yang diterima di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menunjukkan rakyat menerima penjelasan itu dengan baik.
Katanya, sentimen rakyat berhubung isu yang diperjelaskan itu tidak berdepan dengan sebarang masalah.
"Berita kurang menyenangkan tentang isu itu sekadar gembar-gembur menerusi media sosial yang tidak betul.
"Nampaknya baik, tak sehebat yang digembar-gemburkan media sosial. Media sosial syok sendiri.
No comments:
Post a Comment