BAHAU – Seorang gadis yang baru berusia sebelas tahun, mungkin merupakan ibu yang paling muda di negara ini, apabila melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta di sini pada pagi Rabu.
Akhbar The Star melaporkan, gadis itu selamat melahirkan bayi tersebut dan kedua mereka berada dalam keadaan yang baik.
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, nenek gadis itu membawanya ke sebuah klinik swasta apabila dia mengadu sakit perut.
Namun, setelah menjalani pemeriksaan, doktor yang bertugas dan nenek gadis itu terkejut apabila mendapati gadis itu sakit perut kerana mahu bersalin.
“Siasatan awal mendapati gadis itu tinggal bersama ibu bapanya di Bahau . Kami sedang menyiasat perkara itu,” katanya.
Sumber - hanasuva.com
No comments:
Post a Comment