
Pelakon popular Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin melahirkan rasa syukur setelah diumumkan sebagai antara calon finalis bagi 2 kategori yang dipertandingkan di dalam Festival Filem Malaysia 27 (#FFM27) baru-baru ini.
Kedua-dua kategori tersebut adalah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik yang mana, Fazura akan memberi saingan sengit kepada pelakon wanita established lain seperti Maya Karin, Sara Ali, Nad Zainal dan Lisa Surihani.
“Jujurnya, untuk tercalon dalam senarai akhir pun sudah satu kejayaan buat saya. Tidak kiralah untuk mana-mana kategori pun. Sepanjang 10 tahun bergelar pelakon, pencalonan kali ini adalah antara pencapaian yang terbaik buat karier saya.
“Jika ditanya mengenai harapan atau jangkaan sama ada saya boleh menang atau pun tidak, itu di luar bidang saya kerana saingan di antara finalis lain juga tidak kurang hebatnya,” kata Fazura kepada portal Murai.com.my
Dalam pada itu, Fazura turut mengulas mengenai watak yang dilakonkan untuk kedua-dua filem itu iaitu Manisnya Cinta Di Cappadocia dan Kami Histeria.
Baginya, kedua-dua karekter itu amat berbeza dan sukar dilakonkan lebih-lebih lagi watak Ifti yang mempunyai pelbagai karekter yang perlu ditekankan iaitu komedi, perasaan sedih dan cinta.
“Kekuatan dan kesungguhan pelakon adalah pelopor utama kepada satu-satu karya, bagi pendapat saya pelakon yang bagus akan memberikan impak yang baik kepada keseluruhan jalan cerita.
“Tidak kira watak apa yang dilakonkan oleh pelakon, untuk dicalonkan sebagai finalis dalam festival filem terletak di tangan juri yang bijak menilai.
“Apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada juri yang menilai lakonan saya berdasarkan kepada watak yang saya bawakan,” katanya mengakhiri bicara. - Sumber
No comments:
Post a Comment