
Rasanya David Beckham dan isteri sudah mampu menarik nafas lega apabila melihat anak pertama mereka Brooklyn menjaga adik-adiknya terutamanya si kecil Harper Seven Beckham.
Bukan dengan hanya memiliki wajah tampan sahaja, Brooklyn sering menunjukkan sikapnya sebagai seorang abang yang bertanggungjawab.
Menyedari ibu bapa mereka sering sibuk, Brooklyn tidak hanya duduk diam sahaja di rumah sebaliknya mengambil inisiatif melakukan aktiviti menarik terutamanya apabila tiba cuti musim panas.
Menerusi sebuah foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, jejaka berusia 16 tahun ini sibuk mengajar Harper cara-cara membuat piza.
“Making pizza with my liltle sister,” tulis Brooklyn ringkas.
Apa yang menarik, Harper kelihatan begitu tekun melihat wajah Brooklyn yang sedang menerangkan sesuatu sewaktu mereka berdua berada di dapur.
Gambar tersebut dihujani dengan pelbagai komen-komen oleh netizen yang memuji cara Brooklyn meluangkan waktu bersama Harper. Setakat hari Ini, foto tersebut telah mendapat hampir 397,000 ‘Like’ dan 5,301 komen.
Sebelum ini Brooklyn menjadi tumpuan pihak media selepas membawa adiknya Harper meluangkan masa di sebuah kedai mainan selain tindakan mendukung adik perempuannya yang keletihan sewaktu mereka hadir di minggu fesyen New York. Sumber
No comments:
Post a Comment